Perlombongan Data

Perlombongan data adalah proses menganalisis daripada pelbagai perspektif dan meringkaskan ia kepada satu maklumat yang boleh meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos atau kedua-duanya sekali. Perisian perlombongan data adalah salah satu alatan beranalisis untuk menganalisis data.

Ia membolehkan pengguna menganalisis data dari pelbagai dimensi dan sudut, mengkategorikan dia dan meringkaskan hubungan data yang telah dikenalpasti. Secara teknikalnya, perlombongan data adalah proses mencari kolerasi atau paten dari sebahagian lapangan di dalam satu pangkalan data yang berhubung kait dan besar.

Apa yang perlombongan data boleh lakukan?

Perlombongan data banyak digunakan hari ini oleh syarikat-syarikat yang mempunyai pengeluaran bahan runcitan yang besar, kewangan, komunikasi dan juga organisasi pemasaran. Ia membolehkan syarikat-syarikat ini mendapatkan hubungan di antara faktor-faktor dalaman seperti harga, memposisikan produk atau kepakaran staf dan juga faktor-faktor luaran seperti penunjuk ekonomi, saingan dan demografik pelanggan. Ia juga membolehkan mereka mendapatkan impak pada jualan, kepuasan pengguna dan pendapatan korporat. Akhir sekali, ia membolehkan mereka untuk meringkaskan maklunat untuk melihat perincian semua transaksi data. Dengan perlombongan data, pengusaha dapat menggunakan rekod jualan hasil dari pembelian pelanggan untuk mencapai sasaran tertentu berdasarkan sejarah pembelian individu tersebut.

 

Business Areas

TESOL – A Technology Based Company
  • IT
  • Environmental
  • Security & Surveillance
  • Education
 

Portfolio Pengalaman

Ultimate Browsers SupportDengan  pengalaman TESOL di dalam bidang IT selama 8 tahun, portfolio pengalaman mengetengahkan kepelbagaian projek yang dijalankan dan senarai klien-klien kami daripada pelbagai agensi sama ada Institusi Kerajaan, Swasta mahupun perseorangan.

Senarai Portfolio Pengalaman...

Kaunter Pelawat

Hari ini43
Semalam50
Mingguan122
Bulanan632

Powered by Kubik-Rubik.de

Rangkaian Sosial TESOL