HomeRuangan BeritaBerita TerkiniKursus Latihan Seni Grafik Komputer (Adobe Illustrator)

Kursus Latihan Seni Grafik Komputer (Adobe Illustrator)

Sebuah kursus Latihan Seni Grafik Komputer telah di adakan pada 20 hingga 22 Julai yang lalu bertempat Bilik Latihan Komputer JKSM, Aras 3 Blok D&, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.Kursus selama 3 hari itu bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.Peserta yang menghadiri kursus tersebut  terdiri daripada kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya.

Kursus yang di kendalikan oleh En Nik Alim Mizee dan di bantu oleh Mohd Rudzainy Abd Rahman ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan Adobe Illustrator.Selain itu, kursus intensif selama 3 hari ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dalam penggunaan software dan juga menunjukkan kepada mereka bagaimana menngunakan program tersebut untuk kebaikkan mereka pada masa akan datang.Di akhir latihan tersebut,En Nik Alim berharap agar peserta yang terlibat dapat mengaplikasikan teknik-teknik yang advance dalam latihan tersebut agar digunakan mereka seperti cara-cara mengunakan 'symbol' dan 'path' serta bagaimana untuk mendapatkan efek-efek yang berbeza dan juga teknik di dalam Adobe Illustrator tersebut.

 

Business Areas

TESOL – A Technology Based Company
  • IT
  • Environmental
  • Security & Surveillance
  • Education
 

Portfolio Pengalaman

Ultimate Browsers SupportDengan  pengalaman TESOL di dalam bidang IT selama 8 tahun, portfolio pengalaman mengetengahkan kepelbagaian projek yang dijalankan dan senarai klien-klien kami daripada pelbagai agensi sama ada Institusi Kerajaan, Swasta mahupun perseorangan.

Senarai Portfolio Pengalaman...

Kaunter Pelawat

Hari ini40
Semalam122
Mingguan1030
Bulanan3794

Powered by Kubik-Rubik.de

Rangkaian Sosial TESOL