HomeRuangan BeritaBerita TerkiniSpektra Putrajaya Jadikan Khidmat Bas Di Putrajaya Lebih Efisien

Spektra Putrajaya Jadikan Khidmat Bas Di Putrajaya Lebih Efisien

(http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=216702)

Sumber Dari Bernama 11/03/2011:

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Sistem Pengurusan dan Kawalan Transit Awam Putrajaya (Spektra Putrajaya) yang dilancar Jumaat dijangka dapat menjadikan perkhidmatan bas Nadi Putra dan parkir awam di bandar ini lebih efisien.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata sistem itu akan memastikan bahawa waktu ketibaan dan pelepasan bas Nadi Putra lebih tepat mengikut jadual.

"Ia juga akan membolehkan penumpang memperolehi maklumat melalui skrin plasma di Terminal Putrajaya Sentral, pejabat kerajaan serta melalui 'Small Variable Message Sign' di perhentian bas terpilih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Spektra Putrajaya di sini Jumaat.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman dan Pengarah Perkhidmatan Bandar PPj Datuk Abd. Ghani Ahmad. Spektra Putrajaya merangkumi empat komponen utama iaitu sistem pengurusan bas, sistem maklumat bas, sistem tiket elektronik dan sistem parkir automatik.

Raja Nong Chik berkata sistem pengurusan bas melibatkan pemasangan 'On Board Unit' (OBU) di atas bas yang memiliki ciri-ciri 'Global Positioning System' (GPS) dan General Packet Radio Services (GPRS) yang akan menghantar data mengenai identiti bas, pemandu, laluan operasi dan bilangan penumpang kepada Sistem Komputer Berpusat Putrajaya (PutraNet).

Beliau berkata sistem maklumat bas pula akan menjadi pusat kawalan yang menyalur maklumat jangkaan masa ketibaan pada skrin yang dipasang di 16 buah perhentian bas terpilih bagi membolehkan pengguna mengetahui jadual perjalanan bas.

"Sistem tiket elektronik pula akan bertindak mengurus kutipan tambang bas secara tunai dan penggunaan pas bulanan. Kesemua transaksi akan dihantar terus kepada sistem komputer di depoh bas sebelum disatukan ke dalam Sistem Komputer Berpusat Putrajaya," katanya.

Raja Nong Chik berkata sistem tempat letak kereta automatik pula akan beroperasi di pusat Park and Ride (P&R) bagi mengendalikan bayaran secara tunai dan penggunaan pas bulanan secara harian dan bermalam pada kadar bayaran yang ditetapkan

Beliau berkata RM17 juta diperuntukkan untuk melaksanakan sistem itu dengan 115 buah bas dilengkapi sistem berkenaan.


Ditanya sama ada kementerian berhasrat untuk memperluaskan sistem itu ke ibu negara, beliau berkata kementerian akan menilai tahap keberkesanan Spektra Putrajaya sebelum diperluaskan ke tempat lain termasuk di Kuala Lumpur.

 

Business Areas

TESOL – A Technology Based Company
  • IT
  • Environmental
  • Security & Surveillance
  • Education
 

Portfolio Pengalaman

Ultimate Browsers SupportDengan  pengalaman TESOL di dalam bidang IT selama 8 tahun, portfolio pengalaman mengetengahkan kepelbagaian projek yang dijalankan dan senarai klien-klien kami daripada pelbagai agensi sama ada Institusi Kerajaan, Swasta mahupun perseorangan.

Senarai Portfolio Pengalaman...

Kaunter Pelawat

Hari ini86
Semalam165
Mingguan822
Bulanan2735

Powered by Kubik-Rubik.de

Rangkaian Sosial TESOL